
Untuk menjadi seorang jurutera, seseorang itu mestilah mempunyai asas dalam bidang electronic dan electric terlebih dahulu..Perbincangan kita pada kali ini adalah bukan mengenai jurutera atau Engineer. Tapi perbincangan hari ini adalah mengenai asas-asas yang patut diketahui oleh seorang jurutera mahupun pelajar yang meminati bidang ini. Pernahkah anda mengetahui apa itu komponen electronic?? Apa pula fungsinya?? teruskan membaca sehingga anda dapat memahami dan terus pupukkan minat anda dalam bidang electric dan electronic..
komponen electronic ialah bahan yang boleh mengalirkan arus electric melaluinya.Ianya suatu bahan bersifat konductor akan
tetapi dapat pula bersifat isolator. Oleh itu komponen2 ini dikenali sebagai semikonduktor dalam istilah electronic. Komponen2 ini di hasilkan daripada semiconductor seperti silicon, germanium dan sebagainya serta
pengetahuan tentang sifat-sifatnya. Komponen semiknduktor :-
-Diod
-LED dll.
1. Resistor/ Perintang


- kawal arus elektrik yang melalui sesebuah litar electronic.
- Nilai Kerintangan diukur dalam Unit Ohm
- Semakin Tinggi nilai rintangan, maka makin rendah arus yang melaluinya.
- Kod warna menandakan nilai kerintangan perintang tersebut.
2. Transistor


- Sebagai penguat - meninggikan arus, voltan dan kuasa.
- Boleh membentuk, kawal dan proses isyarat elektrik.
- sebagai suis.
- Dibina daripada bahan separa pengalir (spt: germanium / silikon) yang terdiri daripada bahan positif (P) dan bahan negatif (N).
- Mempunyai 3 kaki:a) Pemungut (C / Collector)
b) Tapak (B / Base)
c) Pemancar (E / Emitter)
- 2 jenis transistor iaitu :-
- NPN
- PNP
3. Diod / Penerus

- Membenarkan aliran arus elektrik melalui satu arah sahaja.
- Digunakan untuk menukarkan arus ulang alaik (AU) ke arus terus (AT).
- ada 2 kaki@ kutub iaitu Anod (+) dan katod (-).
4. Capasitor / Pemuat

- Menyimpan dan membuang cas elektrik.
- Unit sukatan asas ialah Farad (F)
- Pecahan unit ukuran:
a) mikrofarad (µF)
b) pikofarad (pF)
c) nanofarad (nF) - Nilai kapasitor ditandakan pada badannya atau kod nombor/huruf.
- Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyampan banyak tenaga.
- Mengambil masa untuk menyimpan dan membuang cas.
- Binaan : plat pengalir, bahan penebat, dan dawai penyambung.
5. LED

- Light Emitting Diode
- sejenis diod yang boleh memancarkan cahaya apabila dibekalkan voltan tidak melebihi 3 volt.
- Mengalir satu arah sahaja
- Diperbuat daripada semikonduktor.
- Berkaki Anod (+) dan Katod (-), tidak berfilamen.
- Menjimatkan tenaga elektrik, jangka masa penggunaan lebih lama.
Saya berharap sedikit sebanyak anda mendapat info daripada sya untuk kali ini.. Mungkin artikal ini agak ringkas, tapi setiap yang saya tulis itu adalah ringkasan dan sya berharap ianya memudahkan pembaca kerana pembaca tentu tidak akan membaca semua artikal yang panjang.. sya juga berharap anda boleh berikan komen anda untuk sya memperbaiki kelemahan sya dalam penulisan blog ini kerana sya masih mentah dalam hal penulisan blog. sya telah melakuakan yang terbaik untuk blog dan anda semua yang sedang membaca stiap artikal di blog ini.




0 comments:
Post a Comment